Dedikasi
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelum membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama 20 minggu bermula pada 1 DISEMBER 2014 sehingga 17 APRIL 2015 di sebuah institusi pengajian tinggi kerajaan iaitu di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang Stesen (PSAS) di Unit Teknologi Maklumat (Unit ICT).
Program ini
merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak Politeknik
untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk
membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani
Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang
secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna apabila saya
menempuh alam pekerjaan kelak.Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah
menggalakkan pelajar-pelajarnya yang sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk
menyediakan sebuah blog Laporan berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat
dijalani.
Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di PSAS . Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

Akhirnya dapat
juga saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan
Industri selama enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka lengkaplah
Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja
sekembalinya ke Politeknik Balik Pulau untuk menyambung pelajaran. Sehubungan
dengan itu, saya berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh
pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.
0 comments: