Pengenalan Latihan Industri
Latihan industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas semua pelajar semester empat adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki Diploma Pengaturcaraan apabila tamat pengajian di Politeknik Balik Pulau kelak.
Objektif
latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang
sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan
supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan membuat
perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah
untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun
ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan industri tidak berkaitan namun
ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif
lain juga adalah supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan
keselamatan ketika bekerja dan juga dapat membina keyakinan diri sendiri ketika
berada di dalam sebuah syarikat dan sebagainya.
Pendahuluan
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksananakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksananakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
Objektif Latihan Industri
Program Latihan Industri dirancang untuk membantu pelajar mencapai
objektif berikut:
objektif berikut:
i.
Mendapat pendedahan secara
langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing.
i.
Memberi peluang untuk
berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional dari pelbagai bidang.
ii.
Menimba pengalaman bekerja
di dalam suatu organisasi professional.
iii.
Membina
daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
iv.
Menjalin
dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kawasan
pengajian.
v.
Mengurus
masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada
aplikasi kejuruteraan, teknologi, pengurusan terkini dan masa depan.
vi.
Memantapkan
ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan peralatan moden dalam bidang yang diceburi.
vii.
Membina
semangat dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat membina sifat amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.
Objektif Laporan Latihan Industri
Laporan Latihan
Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi
Latihan Industri, ia adalah bertujuan
untuk :
i.
Menterjemah
kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
ii.
Membentuk
peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagikan masa dengan sebaiknya.
iii.
Melahirkan
pelajar yang bijak mengurus, merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
iv.
Meningkatkan
pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.
v.
Memahami
aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
vi.
Melatih
pelajar menghasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
vii.
Memberi
peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari.
viii.
Laporan
Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketika menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.
Kepentingan Latihan Industri
Kepentingan Latihan Industri
Tanpa
latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar
untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan akan melihat dan
menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah
dilaluinya sebelum ini.
Dengan
adanya latihan industri, pelajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih
mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja semasa latihan industri. Ia juga
menjadikan pelajar berfikiran lebih
terbuka dan berpandangan jauh di dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan
pengalaman di dalam bidang yang telah dipilih.
Program
yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring
dengan sektor perindustrian terkini.
Lantaran tu, pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya
selepas tamat latihan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan seterusnya memberi
komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
0 comments: