Politeknik Sultan Azlan Shah

18:05 Unknown 0 Comments


Latar Belakang Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)


Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta, PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River yang sekarang telah bertukar menjadi Kolej Vokasional Slim River.

PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki  (CF) pada 10 april 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur  serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.

PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).



Pengenalan


Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan sebuah Politeknik yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dipermulaan abad ke-21. Ia merupakan politeknik yang ke-15 di negara ini dan didaftarkan dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (sebelum ini dikenali dengan nama Politeknik Tanjong Malim). Di antara tujuan penubuhan PSAS ialah untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti.

Kini PSAS mempunyai  6 buah Jabatan iaitu :
·         Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
·         Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
·         Jabatan Perdagangan (JP)
·         Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
·         Jabatan Matematik Dan Sains (JMSK)
·         Jabatan Pengajian Am (JPA)

Selain itu, PSAS hanya menawarkan kursus Diploma dan Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) .




Unit ICT




Unit ICT terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu Bahagian Rangkaian Kampus, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Penyelenggaraan dan Baikpulih Komputer dan Bahagian asset dan Perolehan.

Antara tugas di Bahagian Rangkaian Kampus adalah mengurus dan mentadbir rangkaian kampus (Local Area Network (LAN),Controller Area Network (CAN)) dan internet, perkakasan rangkaian serta memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang apa-apa sahaja berkaitan dengan rangkaian.

Di Bahagian Sistem Maklumat pula, antara tugasannya adalah membangunkan aplikasi dan sistem yang diminta oleh pengguna serta mengurus dan mentadbir portal PSAS, Sistem Rekod Surat PSAS serta aplikasi lain yang dibangunkan. Selain itu, mengurus system e-Perolehan, e-SPKB, HRMIS, PMIS dan lain-lain aplikasi kerajaan yang digunakan oleh pentadbiran PSAS dan memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang apa-apa sahaja berkaitan dengan sistem maklumat.

Selain itu, di Bahagian Penyelanggaraan dan Baikpulih Komputer pula adalah mengurus segala laporan kerosakan dan membaiki kerosakan komputer jika boleh diperbaiki serta berunding dengan pihak pembekal sekiranya kerosakan tidak dapat diperbaiki oleh Juruteknik komputer PSAS.

Akhir sekali adalah di Bahagian Aset dan Perolehan iaitu mengurus dan menyelenggara segala pembelian, penerimaan dan merekod aset ICT PSAS. 

0 comments: