Penghargaan
Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari 1 Disember 2014 hingga 17 April 2015.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen,Perak (PSAS) kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di sana. Tidak lupa juga kepada semua juruteknik yang turut membantu dan memberikan tunjuk ajar, dan juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan pelatih yang telah banyak membantu diri saya samada secara langsung mahupun tidak secara langsung dari segi teknikal atau kemahiran kepada saya sepanjang tempoh latihan saya.
Penghargaan khusus saya tujukan kepada semua kakitangan di Unit Teknolgi
Maklumat yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada diri saya selama saya
menjalani latihan. Segala ilmu pengetahuan yang telah di berikan telah pun saya
karyakan ke dalam blog laporan ini sebagai tatapan kepada pembaca, serta tanda
penghargaan saya kepada pihak PSAS.
Disamping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri
Politeknik Balik Pulau kerana berusaha untuk menempatkan diri saya ke pusat
Latihan Industri, terutamanya kepada Encik Affan dan Puan Afni (Penyelaras
Latihan Industri Teknologi Maklumat). Tidak di lupakan juga penghargaan ini
saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana selama sayamenjalani Latihan
Industri telah banyak memberi semangat, nasihat dan dorongan serta membantu
saya dari segi kewangan pengangkutan.
Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di PSAS . Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog
Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama enam
bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri
saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke
Politeknik Balik Pulau untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya
berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh
pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.
0 comments: